Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Sehingga Rm1,000 Bagi Usia 18 tahun & Ke bawah, Semak Segera
SKIM BANTUAN KEBAJIKAN
Bantuan Kebajikan adalah bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.
BANTUAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak akan menerima bantuan minimum sebanyak RM150 seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 seorang setiap bulan mengikut kategori berikut :-
i. RM200 seorang bagi anak yang berumur 6 tahun & ke bawah
ii. RM150 seorang bagi anak yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun
iii. Kadar bantuan maksimum sebanyak RM1000/keluarga sebulan
MATLAMAT BANTUAN KANAK-KANAK
- Bantuan kanak-kanak ini adalah untuk membantu keluarga penjaga kepada kanak-kanak atau membantu kanak-kanak yang telah kehilangan penjaga, agar dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
SYARAT KELAYAKAN
- Terbuka kepada Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah haruslah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK
cara-cara mohon adalah seperti berikut :-
1.Layari laman web JKM BORANG PERMOHONAN
2.Setelah itu klik "daftar permohonan"
3.Isi maklumat anda "negeri" & "nombor kad pengenalan"
4.Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian, jika anda tidak menghadirkan diri ini akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik, rujuk DISINI
5.Pemohon juga haruslah membawa dokumen sokongan untuk mohon bantuan tersebut, terdapat senarai dokumen tersebut dibawah.
BORANG SOKONGAN YANG HARUS DILENGKAPKAN
MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 - 8000 8000
Faks : 03 - 8323 2045
Post a Comment
0 Comments