Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150 Mula Diagihkan Pada 17 Januari 2022


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid yang bakal memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima sesi persekolahan tahun 2022/2023 akan diagihkan pada 17 Januari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataannya memaklumkan, pemberian BAP dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun.

"Sekiranya pemberian secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut KPM, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang berada di sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan tersebut.

Sementara itu, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

"Bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023, kerajaan bersetuju meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini," kata kenyataan itu lagi.

Kementerian itu memaklumkan, manfaat bantuan itu akan diterima seramai 3 juta penerima BAP.

"KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan 21 Mac depan," menurut kenyataan tersebut.

Kadar Bantuan 

  1. Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Cara Mohon
  1. Ibu Bapa tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk memohon bantuan ini.
Kaedah Pembayaran Bantuan

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
  1. Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  2. Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  3. Ataupun Pemberian bantuan ini akan diagihkan di sekolah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM
Pemilihan / Kriteria Kelayakan  

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
  1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;

  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;

  3. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).


Post a Comment

0 Comments