BKM : Jumlah Bayaran Bagi Kategori Isi Rumah,Warga Emas & Bujang



Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang
memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.  



Permohonan BKM 2022

  1. • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
  2. • Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022. Sila Klik KLIK SINI untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.


• Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  1. Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

• Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

• Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.


Adakah saya perlu membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia
ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan
maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bilakah tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) akan dibuka?

Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai
1 Januari 2022 - 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke
semasa.


PEMBAYARAN

Berapakah jumlah bayaran asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan
diterima?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:



Siapakah yang layak menerima kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

i. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal
(IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
ii. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.




Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat?
Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan
dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dilaksanakan?
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

Info semasa ke semasa akan diupdate di telegram https://t.me/semakaninfo


Post a Comment

0 Comments