Bantuan Kesan Sampingan Vaksin COVID-19 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan


Kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata peruntukan itu membabitkan dua kategori bantuan iaitu RM50,000 bagi penerima yang menerima kesan sampingan serius dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

Beliau berkata, bantuan khas kewangan itu bagaimanapun perlu dinilai terlebih dahulu oleh tiga jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program
    Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang
    serius selepas menerima vaksin COVID-19 layak memohon Bantuan Khas
    Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan
    Malaysia.


Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 ini akan
dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:

(i) Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai
serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans
Khas Vaksin COVID-19;

(ii) laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi
Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;

(iii) AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima
vaksin;

(iv) bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan; dan

(v) permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu

(1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan
hendaklah dikemukakan


KADAR BANTUAN

Amaun Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 yang telah
ditetapkan adalah seperti berikut:

(i) tidak melebihi RM50,000 jika berlaku kesan advers yang serius kepada
penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di
hospital; dan

(ii) tidak melebihi RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian
disebabkan vaksin COVID-19


CARA MOHON

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

(i) Borang A yang lengkap diisi (Dokumen Asal);

(ii) salinan Kad Pengenalan (Salinan Diakui Sah);

(iii) penyata gaji;

(iv) borang Akuan Bekerja Sendiri/Tiada Pendapatan;

(v) laporan perubatan penuh dan rekod perubatan (jika mendapatkan rawatan di
fasiliti kesihatan swasta); dan

(vi) bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan.

(Sila muat turun borang yang disediakan dibawah)


MAKLUMAT LANJUT

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)
Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115
E-mel: bkkvaksincovid19@moh.gov.my


BORANG YANG DIPERLUKAN







Hebahkan buat saudara-mara anda info ini & sila ikuti group kami untuk info yang lebih lanjut https://t.me/semakaninfo


Post a Comment

0 Comments