Bantuan Khas Penjawat Awam 2022 : Jumlah Bonus & Tarikh Bayaran

Sejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.


Berkongsi berita gembira itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khai­rul Adib Abd. Rahman berkata, surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan sudah diterima pihaknya kelmarin.

Dalam pembentangan Bajet 2022 lalu, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 manakala RM350 kepada sejuta pesara.


Mengikut kebiasaan, bayaran gaji penjawat awam disalurkan setiap 25 hari bulan yang mana jika pada bulan tersebut terdapat perayaan tertentu, maka bayaran gaji dibayar lebih awal.


Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).


Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pemberian bantuan khas kepada golongan sektor awam itu membuktikan keprihatinan dan komitmen kerajaan untuk terus mendukung penyampaian perkhidmatan awam melalui inisiatif pembaharuan dalam Bajet 2022.


Ia sekali gus menunjukkan kerajaan tetap komited meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam, selain terus menjaga kebajikan golongan itu.


Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini turut menyifatkan pemberian bantuan itu setimpal dengan pengorbanan mereka yang mencurah masa dan tenaga semasa pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Kata beliau, usaha penjawat awam perlu diambil kira dalam melaksanakan program pemulihan dan imunisasi kebangsaan, penguat kuasa yang menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), para petugas kesihatan, malah ada yang terpaksa korbankan cuti demi menjalankan tugas.


TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM & PESARA 2022

Tarikh penjawat awam yang layak akan dibayar bonus dalam gaji bulan Januari 2022, iaitu pada 25 Januari 2022, sila rujuk gambar dibawah



SYARAT KELAYAKAN






LAIN-LAIN KEBAJIKAN PENJAWATAN AWAM




Post a Comment

0 Comments