PROGRAM SUBSIDI UPAH 5.0 (PSU) : Bantuan Sebanyak RM600 Selama 3 Bulan Permohonan Bagi Tahun 2022


Apakah Program SIP Subsidi Upah Bersasar (PSU 5.0)?

• PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.

• Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segie konomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.


Bilakah PSU 5.0 mula berkuatkuasa?

• PSU 5.0 BAJET 2022 berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

Bilakah tarikh akhir permohonan PSU 5.0 2022?

• Tarikh akhir permohonan PSU 5.0 BAJET 2022 adalah pada 31 Mac 2022
dan tertakhluk kepada peruntukan dana kerajaan di bawah BAJET 2022


Apakah syarat kelayakan majikan untuk memohon SIP Subsidi Upah
Bersasar dan faedah yang akan diterima?

• Sila rujuk Jadual 1 seperti berikut:

JADUAL 1: KELAYAKAN DAN FAEDAH PSU 5.0 DI BAWAH BAJET 2022

Bagi permohonan PSU 5.0, apakah dokumen yang diperlukan?

• Dokumen yang diperlukan ialah:

i. Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah
ditetapkan)
ii. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank
sahaja)
iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh
majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan
memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan
sebarang kesulitan
iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
v. Akuan Pengisytiharan PSU 5.0

CARA MOHON

  1. Layari laman web https://psu.perkeso.gov.my/.
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’
Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 4.0, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.



Post a Comment

0 Comments