Bantuan MySejahtera : Tarikh, Tempat & Waktu Kiosk Bantuan MySejahtera
Terbaharu, Kiosk Bantuan MySejahtera dalam bentuk fizikal kini dibuka untuk penduduk sekitar Lembah Klang. Tujuan kiosk tersebut diadakan supaya dapat membantu orang ramai yang mempunyai masalah atau pertanyaan mengenai aplikasi tersebut.
Menurut ciapan rasmi MySejahtera, kiosk ini hanya menawarkan bantuan penyelesaian terhadap isu-isu di aplikasi MySejahtera kecuali daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Industri. Manakala Kiosk Bantuan MySejahtera untuk PPV industri pula akan diumumkan pada satu tarikh yang ditetapkan kelak.
Sebagai permulaan, kiosk ini hanya dibuka pada hari hujung minggu di dua lokasi sahaja bermula 19 Februari sehingga 13 Mac untuk World Trace Centre (WTC) Kuala Lumpur dan 26 Februari sehingga 6 Mac yang bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam.
[20.02.2022] Mohon maklum, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL telah habis dikeluarkan. Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih.#mysejahtera #mysejahteratrace #reopeningsafely pic.twitter.com/5J2zhqgzYA
— MySejahtera (@my_sejahtera) February 20, 2022
Inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) mewujudkan 'helpdesk' atau kiosk bantuan secara fizikal bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera mendapat sambutan menggalakkan.
KKM menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan, kiosk bantuan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu mula beroperasi hari ini dan mendapat sambutan baik sehingga kehabisan angka giliran.
"Mohon maklum, disebabkan sambutan yang menggalakkan, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL sudah habis dikeluarkan.
[20.02.2022] Mohon maklum, nombor giliran hari ini untuk kiosk bantuan MySejahtera WTCKL telah habis dikeluarkan. Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih.#mysejahtera #mysejahteratrace #reopeningsafely pic.twitter.com/5J2zhqgzYA
— MySejahtera (@my_sejahtera) February 20, 2022
"Sila hadir pada tarikh seterusnya. Sebarang kesulitan dikesali. Terima Kasih," menurut perkongsian berkenaan.
Kiosk bantuan MySejahtera di WTCKL beroperasi pada 19, 20, 26 dan 27 Februari serta 5,6,12 dan 13 Mac depan, mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.
Selain WTCKL, KKM membuka kiosk sama di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 26 dan 27 Februari ini serta 5 dan 6 Mac depan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini berkata, KKM akan menubuhkan 'helpdesk' secara fizikal di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera.
Jelasnya, ia termasuk isu membabitkan maklumat seperti sijil vaksinasi digital.
Usaha itu dilakukan selepas beliau menerima aduan daripada orang ramai yang masih menunggu mendapatkan sijil vaksinasi digital masing-masing.
Sumber :Berita Harian,Vocket,KKM
Post a Comment
0 Comments