Cara Daftar Program Karnival Kerjaya Lebih 12,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan

Cara Daftar Program Karnival Kerjaya Lebih 12,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan


Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang berlandaskan konsep 'jobs guarantee' bakal mencipta 600,000 peluang pekerjaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, inisiatif yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Februari ini.

"Kita akan menganjurkan Karnival Kerjaya JaminKerja 2022 siri yang pertama pada tahun ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Karnival ini akan membabitkan 50 majikan dengan lebih 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan.

JOIN GROUP TELEGRAM

"Selain itu, terdapat aktiviti seperti kaunseling kerjaya, sesi temu duga bersama majikan, bantuan pendaftaran Portal Pekerjaan Nasional, MYFutureJobs dan sebagainya," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Agenda Awani bertajuk 'Ketahanan Ekonomi Keluarga Malaysia' terbitan Astro Awani, hari ini.

Inisiatif JaminKerja merupakan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia serta agensi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Insentif Penggajian JaminKerja, Malaysia Shortterm Employment Programme (MySTEP) serta Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran.


Maklumat Program Karnival Kerjaya 

PERKESO melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Pejabat Sistem Insuran Pekerjaan ingin membuat hebahan Karnival Kerjaya Jamin Kerja bagi membuka peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada pencari kerja untuk hadir memohon jawatan yang ditawarkan. Makluman butiran lanjut adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 19 Februari 2021 ( Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre)


Cara Daftar 

1.Layari https://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair/

2.Klik Daftar Sekarang & Isi Maklumat yang diperlukan


3.Isi maklumat anda dengan lengkap



Maklumat lanjut
untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi 

Cik Fitrah : 019 617 7559

Cik Nazirah : 019 610 1243

Cik Aisyah : 019 609 6544


Post a Comment

0 Comments