Cara Mohon Bantuan Air Percuma Bagi Isi Rumah Pendapatan Rm4,000 Ke Bawah
Cara Mohon Bantuan Air Percuma Bagi Isi Rumah Pendapatan Rm4,000 Ke Bawah
SADE: Skim Air Darul Ehsan 2022
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang.
Antara objektif program in adalah untuk meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini.
Program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Syarat Kelayakan
Skim Air Darul Ehsan ini layak dinikmati pengguna-pengguna yang menepati syarat-syarat seperti berikut:
i. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor
ii. Pendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan
warganegara, tiada pasangan atau bujang)
iii. Premis kediaman meter individu
iv. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja
Nota:
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20m3 air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor (LPHS).
Cara Memohon
Untuk memohon secara atas talian, sila layari laman sesawang berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/
Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut: https://www.airselangor.com/
Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM). Borang permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui emel ke: iprair@airselangor.com atau, melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk pautan https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/?fbclid=IwAR3JYTvmBVoIJGRJW-QmIZHRO-jaidK4UonKSsUApXvhXJMd8TMFyD0gXt4
Post a Comment
0 Comments