Bantuan Automotif 2022 RM1,000 Cara Mohon & Semak Syarat Kelayakan

Hanya 4,227 tuntutan daripada 66,000 penduduk terjejas banjir seluruh negara yang mengemukakan permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia disediakan kerajaan sejak dilancarkan 18 Januari lalu.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, jumlah tersebut masih jauh lebih rendah daripada sasaran yang ditetapkan kerajaan walaupun belum mengambil kira bilangan yang membuat permohonan secara manual.

Apakah Inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) adalah penambahbaikan daripada inisiatif sedia ada di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban golongan terjejas akibat bencana banjir bermula daripada 18 Disember 2021. Inisiatif sedia ada melalui baucar diskaun automotif sebanyak RM1,000 telah diperluas bagi pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir dan dibuat di SELAIN pusat servis / pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian.


Bilakah Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) mula berkuatkuasa? 

Bantuan ini berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.


Apakah syarat kelayakan individu untuk memohon inisiatif Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Syarat kelayakan individu untuk memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia

ii. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 

iii. Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan

iv. Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam


Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Permohonan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) ini boleh dibuat secara:

i. Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan https://bantuanautomotif.hasil.gov.my; atau 

ii. Manual (Borang Permohonan) di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) serta Cawangan LHDNM berhampiran. Borang Permohonan boleh diperolehi pada Portal Rasmi Bantuan atau di Cawangan LHDNM / PKOB.

Pemohon / Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar hanya perlu mengisi maklumat kenderaan terlibat dengan menyertakan resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak / musnah akibat banjir.


Apakah definisi Ahli Isi Rumah (AIR) bagi pelaksanaan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar)?

Ahli Isi Rumah (AIR) ialah individu yang mempunyai hubungan pertalian dengan Ketua Isi Rumah (KIR) dan terhad kepada hubungan Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu.


Bilakah tarikh pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) akan dibuat?

Pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang melepasi semakan kelayakan. Pembayaran bagi kelompok pertama

penerima Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) adalah seperti berikut: 

i. Ada Akaun – Mulai 28 Februari 2022
ii. Tiada Akaun – Mulai 02 Mac 2022


Status Permohonan Dan Pembayaran

  1. Tarikh pembayaran Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tidak Berdaftar) bagi kelompok pertama yang berstatus lulus adalah mulai 28 Februari 2022 secara berperingkat.
  2. Penunaian secara tunai di BSN boleh dibuat mulai 2 Mac 2022 hingga 30 Jun 2022.
  3. Pemakluman kelulusan akan dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam borang permohonan.
  4. Semakan kelayakan secara berperingkat.


Post a Comment

0 Comments