Bukti Pembayaran BKM Fasa 1 Sudah Mula Diterima Semak Status Anda Segera !

BKM merupakan bantuan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia, kerajaan bersetuju memberi bantuan kepada isi rumah, bujang dan warga emas dengan nilai bantuan RM350 hingga RM2,000.


BKM adalah bantuan tunai kerajaan yang lebih ditujukan kepada yang memerlukan untuk mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.


iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.  

JADUAL PENUH PEMBAYARAN BKM & AMAUN YANG DITERIMA KATEGORI ISI KELUARGA







CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN BKM ADNDA APAKAH DALAM PROSES, GAGAL ATAUPUN LULUS

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No IC anda dan tekan semak
  3. Pastikan Kata Kunci anda betul dan tekan ya
  4. Masukkan katalaluan dan tekan log masuk
  5. klik pada semakan status untuk lihat status anda sama ada proses/lulus/gagal ataupun dikreditkan

BUKTI PEMBAYARAN SUDAH DITERIMA

Info semasa ke semasa akan diupdate di telegram https://t.me/semakaninfo


Post a Comment

0 Comments