Cara Buat Temujanji Kaunter KWSP Secara Online Elak Bersesak Semasa Pengeluaran KWSP 10K !
Kerajaan kali terakhir mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 secara rasmi. Ahli-ahli yang bercadang untuk membuat pengeluaran ini harus membuat perancangan yang baik untuk memudahkan proses pengeluaran. Ini juga termasuk membuat temujanji di kaunter KWSP di lokasi masing-masing.
Rancang janji temu anda dengan mudah dalam talian.
KWSP sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan ahli dan majikan. Melalui Janji Temu Online, anda boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.
Waktu Operasi
9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja sahaja *.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
*Perkhidmatan Perundingan kami adalah PERCUMA
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Saraan)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri)
- Perundingan Caruman Sukarela (i-Suri)
- Perundingan Caruman Sukarela (Caruman Simpanan Tambahan)
- Perundingan Produk & Perkhidmatan KWSP (Pengeluaran Umur 50 / 55 / 60 & Simpanan Melebihi RM1 JUTA)
- Perundingan Perancangan Persaraan
- Perundingan Perancangan Kewangan (Termasuk i-Invest dan Simpanan Shariah)
Konsep Janji Temu Online
Janji Temu Online adalah platform yang membolehkan Ahli KWSP membuat permohonan janji temu untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu di cawangan KWSP pada tarikh dan masa yang dipilih oleh Ahli.
Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:
Laman Web Rasmi KWSP www.kwsp.gov.my menerusi pautan Janji Temu Online; atau
Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.
Post a Comment
0 Comments