Program E-Start 2022: Bantuan Ewallet RM150 Secara One-off, Semak Kelayakan Anda

Program eStart Dalam belanjawan 2021 yang lepas,kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet RM150 secara one-off.Program tersebut dikenali sebagai program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”


Pemberian bantuan dalam bentuk ewallet ini adalah untuk menggalakkan dan memupuk penggunaan belian tanpa tunai di kalangan belia lebih mudah.


Syarat kelayakan permohonan eStart

Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:

  1. Warganegara Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahun
  2. Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.


Cara memohon Program eStart

  1. Setakat ini belum ada pengunguman rasmi cara untuk mohon bantuan tersebut, tapi sebelum ini kerajaan menggunakan shopeepay,boost,TnG & lain-lain sebagai kaedah pembayaran e-Wallet


Post a Comment

0 Comments