E-Wallet Rm150 Cara Tebus & Syarat Kelayakan
Program eStart menerusi belanjawan 2022 yang lepas,kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan e-Wallet RM150 secara one-off.Program tersebut dikenali sebagai program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Jumlah bantuan yang diterima
- Bagi mereka yang berkelayakan program e-start ini akan menerima bantuan sebanyak RM150 setiap seorang
Syarat kelayakan permohonan eStart
Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:
- Warganegara Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Cara-Cara Mohon
- Pastikan anda sudah daftarkan diri terlebih dahulu diantara salah satu alplikasi ini Boost,TNG,ShopeePay ataupun BigPay ataupun anda boleh layari https://www.mof.gov.my/
Ikuti langkah-langkah untuk mendaftar Boost,TNG,ShopeePay atau BigPay :
1. Cara Daftar Boost:
- Muat turun aplikasi Boost di telefon pintar anda.
- Bagi yang sudah ada, updgrade kepada Boost Premium.
- Sahkan atau verify akaun Boost anda. Pastikan nombor kad pengenalan yang digunakan adalah kad pengenalan anda.
- Klik “Get ready to claim eBelia” dan ikut arahan yang diberikan jika program itu sudah dimulakan.
2. Cara Daftar Touch n Go eWallet:
Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui:
- Google Playstore : KLIK SINI
- Apple App Store : KLIK SINI
- Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
- Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
- Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
- Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.
3. Cara Daftar ShopeePay:
- Muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit anda.
- Bagi yang sudah ada akaun Shopee, anda perlu aktifkan ShopeePay anda.
- Buka aplikasi Shopee dan pergi ke ikon ShopeePay di homepage Shopee.
- Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
- Masukkan nombor PIN (perlu diingat) untuk pengesahan.
- Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.
- Anda boleh tuntut RM150 mulai 1 Jun 2021 dan wang tersebut akan dikreditkan terus ke ShopeePay anda.
4. Cara Daftar BigPay:
- Pergi ke laman https://www.bigpayme.com/ebelia
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pergi ke menu Payment dan tekan ikon eBeli.
- Klik APPLY NOW dan anda akan diarahkan ke laman web eBelia.
- Masukkan semua maklumat anda dengan lengkap untuk proses verifikasi.
- Sebaik sahaja akaun anda disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan kreditkan e-tunai RM150 jika program ini sudah dimulakan.
Anda boleh melayai laman sesawang rasmi https://www.mof.gov.my/ untuk dapat info-info terkini mengenai program e-start ataupun ikuti group telegram https://t.me/semakaninfo untuk mengetahui info semasa ke semasa.
Post a Comment
0 Comments