Lori Tentera Kemalangan Seorang Maut Lori Dinaikki 5 Tentera


Seorang anggota tentera maut, manakala dua lagi cedera parah selepas lori milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit kemalangan di Kilometer 16 Jalan Penawar-Punggai, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika lori dinaiki empat anggota dan seorang pegawai ATM itu dikatakan gagal memotong sebelum terbabit kemalangan.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian bagaimanapun hanya membabitkan lori ATM dalam perjalanan daripada Pos Tanjung Leman di Mersing ke Pos Tanjungg Sepang di Pengerang dan tiada kenderaan awam terbabit.

"Akibat kejadian itu, seorang anggota berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Selain itu, dua lagi tentera dilapor mengalami cedera parah, manakala dua lagi termasuk seorang pegawai hanya cedera ringan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi," katanya.

Buat masa ini, beliau berkata, polis masih menyiasat punca sebenar kejadian dan kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber Berita Harian


Post a Comment

0 Comments