MyCRS : Permohonan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak Tahun 2022
Berita gembira buat rakyat Malaysia kerajaan telah bersetuju untuk beri bantuan Carseat untuk kanak-kanak dibawah program MyCRS, bagaimana nak mohon ? apa syarat kelayakan ? rujuk perkongsian kami dibawah.
Peruntukan RM30 juta yang bakal memanfaatkan 188,000 penerima dalam kalangan B40 sebagai subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata peruntukan dalam Bajet 2022 yang dibentang petang tadi, bagi membolehkan golongan sasar menikmati 50 peratus rebat atau hingga RM150 untuk pembelian peralatan berkenaan.
Beliau yang menyatakan penghargaan kepada kerajaan dengan peruntukan sejumlah RM5.58 bilion dalam Bajet 2022 itu, berkata pihaknya juga menghargai keprihatinan Kerajaan untuk meneruskan subsidi bagi perkhidmatan Tren Tidak Ekonomik (TTE) dan Program MyRail5 bagi tahun depan.
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima subsidi Carseat CRS 2022 :- Warganegara Malaysia.
- Merupakan golongan isi rumah B40.
- Pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
- Mempunyai anak/ anak jagaan/ anak angkat berumur 12 tahun dan ke bawah.
- Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang telah diterima daripada LHDN.
- Data tambahan bagi kategori miskin diperoleh daripada pihak ICU berpandukan pada rujukan garis kemiskinan tahun 2019.
- Satu keluarga hanya layak mohon satu sahaja.
Cara Mohon Bantuan
Untuk permohonan dan cara tebus subsidi pembelian child carseat ini, sila ikuti langkah berikut :
- Semak kelayakan anda (rujuk syarat kelayakan seperti tertera diatas)
- Anda boleh membuat permohon di www.mycrs.gov.my
- Sila semak keputusan permohonan anda pada 1 April 2022.
- Pemohon yang layak boleh claim subsidi dengan membuat pembelian melalui penjual bertauliah yang disenaraikan dengan harga rebat.
Post a Comment
0 Comments