Tidak benarkan kapal Rusia berlabuh di Pelabuhan Kuala Linggi
KUALA LUMPUR: Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) menolak hasrat sebuah kapal membawa bekalan minyak mentah dari Russia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu.
Kementerian Pengangkutan MOT) dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu ini dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa seperti yang menjadi prerogatif KLIP.
"Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.
"MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan," kata kenyataan itu. – BERNAMA
Post a Comment
0 Comments