Bantuan Aidilfitri Bagi Negeri Sarawak RM500


Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Dayak 2022 berjumlah RM500 kepada semua gred penjawat Perkhidmatan Awam Sarawak.

Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya hari ini, berkata bantuan khas itu akan dibayar pada April iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan datang.


Pemberian ini katanya bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.


Kerajaan juga berharap pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2022 ini dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.


Pada Selasa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menerusi kenyataan akhbar memaklumkan kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam (Persekutuan) Gred 56 dan ke bawah.


Beliau memberitahu bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.


Kerajaan juga katanya bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.


 Join group telegram infomasi terkini :
https://t.me/semakaninfo


Post a Comment

0 Comments