Barang Dipos Selepas 25 & 27 April Hanya Akan Dihantar Selepas Aidilfitri Mulai 5 Mei – Pos Malaysia
Tidak dinafikan umat Islam khususnya di Malaysia telah membuat persiapan awal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selepas dua tahun "dikurang" dalam rumah dan tidak dapat menyambut hari raya seperti sebelum era Covid-19, rakyat biasa tidak sabar menunggu hari raya tiba tahun ini.
Walaupun begitu, dengan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19, ramai yang memilih untuk membeli-belah dalam talian bagi memastikan mereka dan keluarga tidak "menderita" wabak tersebut.
Mungkin ramai juga tertanya-tanya, apakah status barangan yang dihantar melalui perkhidmatan kurier pada hari raya Aidilfitri, adakah akan sampai kepada pelanggan sebelum 1 Syawal dan begitu juga sebaliknya? Bilakah tarikh terakhir penghantaran bagi orang awam dan peniaga?
Bagi menjawab persoalan tersebut, Pos Malaysia tampil mengeluarkan tarikh terakhir yang disyorkan untuk para pelanggannya membuat pengeposan bagi memastikan barang yang dipos tiba sebelum Aidilfitri.
Menurut Pos Malaysia, mereka mengesyorkan 25 April untuk destinasi penghantaran Semenanjung Malaysia – Malaysia Timur, Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia dan Dalam Malaysia Timur.
Manakala, mereka turut mengesyorkan 27 April bagi destinasi penghantaran Dalam Semenanjung Malaysia.
Justeru, bagi mereka yang membuat pengeposan selepas tarikh yang disyorkan diatas, barang-barang tersebut hanya akan dihantar selepas Aidilfitri bermula 5 Mei.
Mengambil kira tarikh hari ini iaitu 19 April, bermakna masih berbaki kira-kira 8 hari lagi untuk orang ramai, khususnya peniaga menghantar barang masing-masing dan memastikan barang tersebut tiba di tangan penerima sebelum Aidilfitri, sekiranya merancang untuk menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.
Diharapkan, dengan makluman awal oleh Pos Malaysia ini, orang ramai dapat membuat persediaan awal supaya hari lebaran yang bakal tiba dalam 2 minggu lagi dapat disambut tanpa sebarang cacat cela.
Sumber siakapkeli,bernama,pos Malaysia
Post a Comment
0 Comments