Bayaran Bantuan Aidilfitri JKM Pada 25 April
Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima mulai 25 April hingga 30 April, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Bayaran bantuan bulanan itu dipercepatkan sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Bayaran bantuan bagi Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 1 Jun hingga 10 Jun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bayaran bantuan bagi Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 1 Jun hingga 10 Jun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Antara Bantuan Daripada JKM
1.BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
KADAR BANTUAN
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Maklumat lanjut boleh rujuk DISINI
2.BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
KADAR
- RM500 sebulan seorang.
TUJUAN
- Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
- Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
- Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Post a Comment
0 Comments