Cara Mohon & Syarat Kelayakan Bantuan Laptop dan Tablet Percuma Kini Dibuka ! Semak Segera


Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar kolej, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti untuk menerima tablet atau komputer riba percuma pada 15 April.

Menurutnya, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa yang tidak mampu membeli peranti bernilai ribuan ringgit.Menurutnya, sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan 'cap ayam'.

Terma & Syarat Permohonan

1.Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  3. Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
  4. Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  5. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  6. Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  • 2.Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  • 3.Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
  • 4.Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
    1. menamatkan pengajian;
    2. berhenti pengajian;
    3. dibuang pengajian;
    4. menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
    5. melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  • 5. Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.

  •  6. Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  •  7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  •  8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  •  9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  •  10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  •  11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  •  12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Cara Mohon 

Mengenai tarikh permohonan untuk inisiatif ini, kerajaan membuka permohonan secara rasmi pada hari Jumaat, 15 April 2022 jam 8 pagi.

Bagi pemohon yang layak, pengedaran peralatan akan dijalankan pada Jun 2022, dengan tarikh rasmi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, ikuti group telegram kami untuk info selanjutnya KLIK DISNI

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Peranti Pelajar Jabatan Komunikasi dan Multimedia KLIK DISINI


Post a Comment

0 Comments