ISU SEMASA
Cara Semak LULUS Status Pengeluaran Khas KWSP 10K
Mulai 9 April, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyemak status permohonan pengeluaran khas maksimum sehingga RM10,000. Pencarum tidak perlu semak di i-Akaun, mengunjungi kiosk atau cawangan untuk menyemak, kata KWSP dalam satu artikel hari ini.
“Ahli boleh membuat semakan penuh secara dalam talian menerusi portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/,”
“Ahli boleh membuat semakan penuh secara dalam talian menerusi portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/,”
Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan Pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 akan dibuka mulai 1 April hingga 30 April.
CARA SEMAK STATUS
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:
- Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my ; atau
- Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)
CARA PEMBAYARAN
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Post a Comment
0 Comments