ISU SEMASA
Jangan kongsi status permohonan pengeluaran khas di media sosial – KWSP
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak memohon pengeluaran khas mulai hari ini dinasihatkan supaya tidak berkongsi status permintaan mereka di media sosial.
KWSP mengimbas kembali perkara itu dalam catatan di laman Facebook rasminya supaya ahlinya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian selepas pengeluaran dibuat
“Berhati-hati! ‘Scammer’ sentiasa memerhatikan anda. Jangan jadi mangsa scammer.
“Jangan kongsi status permohonan Pengeluaran Khas anda di media sosial. Scammer sentiasa memerhatikan tindakan anda!” pesanan KWSP.
Sementara itu dalam satu lagi hantaran, KWSP memaklumkan portal Pengeluaran Khas mula dibuka tengah malam tadi.
“Permohonan boleh dilakukan di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
“Sila rujuk panduan pengguna dan soalan lazim di Portal Pengeluaran Khas untuk maklumat lanjut,” katanya.
Menurut KWSP, pemohon yang sudah membuat permohonan itu tidak perlu risau sekiranya laman ‘Terima Kasih’ terpapar diakhir proses permohonan dan bermakna permohonan mereka sudah diterima. – Malaysiapost
Post a Comment
0 Comments