Malam Lailatul Qadar mungkin jatuh pada 29 Ramadan/30 April 2022

Malam Lailatul Qadar mungkin pada 30 April / 29 Ramadhan 2022. Umat ​​Islam kini sudah memasuki fasa akhir Ramadan dan tinggal 10 hari lagi untuk menyambut kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadan.


Namun, Allah SWT menjanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan.

Sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3).


Dan ketika inilah umat Islam membuat pecutan terakhir untuk mengejar pahala dan ganjaran yang sangat istimewa.


Tetapi bilakah tarikh berlakunya malam Lailatul Qadar?


Secara umumnya, waktu sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui secara tepat.


Namun terdapat hadis yang menyebut bahawa Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.


Hikmah waktu sebenar malam ini dirahsiakan agar umat Islam sentiasa beristiqamah melalukan ibadah di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadan.


Bilakah Tarikh Malam Lailatul Qadar Bagi Tahun 2022/1443H?


Malam al-Qadr tidak diketahui secara tepat akan waktunya. Ia merupakan salah satu rahsia Allah dan hikmah agar hambanya sentiasa tekun beribadah pada bulan Ramadan.


Namun terdapat Hadis Nabi yang menyebut;


“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan.


Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.


Oleh yang demikian, jika kita telusuri kepada kiraan tarikh tahun 2022 bilakah malam ganjil tersebut?


Umum diketahui, dalam kiraan tarikh Hijri, tarikh permulaan sesuatu hari adalah apabila masuknya waktu Maghrib bagi sesuatu hari. Oleh itu kiraan 10 malam terakhir dan malam-malam ganjil adalah sebagaimana berikut;



Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut.

Isnin pada malam 21
Sabtu pada malam 23
Khamis pada malam 25
Selasa / Jumaat pada malam 27
Ahad / Rabu pada malam 29

Jika mengikut pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2022/1443 Hijrah adalah pada malam 29 Ramadhan iaitu pada hari Sabtu malam (30 April 2022) waktu Malaysia. Ini kerana, tahun ini kita berpuasa pada 3 April yang jatuh pada hari Ahad. Wallahualam


Beberapa amalan yang boleh ditingkatkan pada 10 malam terakhir Ramadan.

  1. Solat Fardhu Berjemaah
  2. Solat Tarawih sendirian atau berjemaah
  3. Qiamullail
  4. Membaca al-Qur’an
  5. Berselawat
  6. Bersedekah
  7. Berzikir dan memperbanyakkan doa

Sumber : , Malaysiadateline


Post a Comment

0 Comments