Orang Ramai Terkejut Jeti Berharga RM50k 'Jeti Premium'



Tular di Facebook ketika Kementerian Kerja Raya di Miri, Sarawak merasmikan jambatan kayu yang menelan belanja sehingga RM50,000.
 
Dalam salah satu muat naik di Facebook, Komunikasi Korporat JKR Sarawak menunjukkan pembukaan jeti baharu di Kampung Mutap, yang berlangsung pada 6 April 2022.

Difahamkan, jambatan "premium" ini akan menggantikan jeti lama dan mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya, bermula pada 7 Mac 2022 dan siap pada 1 April 2022.



"Majlis Penyerahan Projek Siap, Bina Baru Jeti Kampung Mutap, oleh Cik Fatin Fahsha Binti Adenan (wakil Jurutera Bahagian, JKR Miri) kepada Puan Sediah Binti Abdullah (KK, Kampung Mutap, Bekenu) telah diadakan pada 06 April 2022.
Tempoh mula projek ini adalah pada 07 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 01 April 2022. Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.

Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu.  "

Komen Netizen


Post a Comment

0 Comments