Pengeluaran Khas KWSP : Maklumat penuh waktu & Cara pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10K
Pengeluaran Khas KWSP : Maklumat penuh waktu & Cara pembayaran Pengeluaran Khas KWSP 10K
Terlebih dahulu tahniah diucapkan bagi pencarum yang berkelayakan mengeluarkan KWSP anda.
Semalam baru sahajaya Tengku Zafrul mengumumkan pembayaran bagi Pengeluaran Khas KWSP akan dipercepatkan iaitu mulai 18 April 2022, anda boleh menyemak status anda dari semasa ke semasa.
Tetapi masih ramai yang status permohonan yang belum bertukar hijau seperti gambar rajah dibawah yang menyatakan permohonan ahli tersebut 'lulus', bagi permohonan yang lulus pembayaran akan diterima mulai hari ini. Bagi ahli yang masih status ' permohonan diterima ' anda di galakkan untuk menyemak status permohonan anda setiap hari.
Maklumat Waktu Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP
pembayaran pengeluaran khas kwsp akan mula dibayar 18 April 2022 secara berperingkat, sekiranya pembayaran dilakukan hari ini, ia akan mengambil proses selama 1 ke 3 hari waktu kerja bergantung prosedur bank masing-masing
Anda boleh menyemak status pengeluaran anda dari semasa ke semasa melalui portal pengeluaran khas KWSP atau i-akaun secara online.
Contoh : sekiranya pembayaran anda akan dilakukan hari ini iaitu 18 April 2022, anda akan menerima wang tersebut hari ini iaitu tarikh yang sama ataupun selewat-lewatnya pada 20 April 2022. Bergantung bank anda.
Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?
Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:
- Akaun bank (simpanan atau semasa)
- Akaun bank masih aktif
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)
Peringatan:
- Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
- Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
- Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
- Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
- Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Semak Status Anda Dari Semasa Ke Semasa
- Layari portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
- Tekan 'Teruskan'
- Klik pada ' Semak Status Permohonan '
- Isi Maklumat anda seperti yang tertera
- Isi Nombor MyKad/MyPR ataupun Pasport/MyKAS
- Isi Nombor Telefon Anda
- Klik pada ' Saya Bukan Robot '
- Selepas itu tekan 'Semak Status'
- Sekiranya status anda "Permohonan Anda Telah Diterima" tahniah anda layak menerima pengeluarakan khas kwsp
- Sekira permohonan anda tiada rekod ataupun gagal ini bermakna pengeluaran anda tidak dapat diteruskan.
- Bagi permohonan rayuan belum ada info terkini pastikan anda ikuti group telegram https://t.me/semakaninfo untuk info kelak.
Post a Comment
0 Comments