PengeluaranKhas KWSP Rm10,000 Hanya Dibayar Secara 'One-Off'


Pengeluaran Khas bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan mereka dan memenuhi komitmen kewangan mereka untuk menghadapi cabaran semasa tempoh "peralihan kepada endemik" sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID19.

berdasarkan dapatan, kajian dan penelitian secara menyeluruh, dalam fasa pemuliham pandemik, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.


"Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk pengeluaran caruman KWSP.
"Justeru, pada hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,"


Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran Pengeluaran Khas?


Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 adalah seperti berikut:
Senario 1Senario 2Senario 3Senario 4Senario 5
Baki Akaun 2 (RM)15,1503,150150049
Baki Akaun 1 (RM)50,00012,0003,45016599
Amaun Kelayakan (RM)10,00010,0003,5001651Tidak
Layak2
Amaun pengeluaran daripada:
Akaun 2 (RM)10,0003,1501500-
Akaun 1 (RM)06,8503,35065-


Nota:

1Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.

2Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.


Bagaimanakah pembayaran Pengeluaran Khas akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.


Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.


Cara membuat semakan, boleh dibuat mulai 9 April 2022

  1. Layari portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Tekan 'Teruskan'
  3. Klik pada ' Semak Status Permohonan '
  4. Isi Maklumat anda seperti yang tertera
  5. Isi Nombor MyKad/MyPR ataupun Pasport/MyKAS
  6. Isi Nombor Telefon Anda
  7. Klik pada ' Saya Bukan Robot '
  8. Selepas itu tekan 'Semak Status'
  9. Sekiranya status anda "Permohonan Anda Telah Diterima" tahniah anda layak menerima pengeluarakan khas kwsp
  10. Sekira permohonan anda tiada rekod ataupun gagal ini bermakna pengeluaran anda tidak dapat diteruskan.
  11. Bagi permohonan rayuan belum ada info terkini pastikan anda ikuti group telegram https://t.me/semakaninfo untuk info kelak.


Post a Comment

0 Comments