PM Umum Bantuan RM500 Hari Raya



PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian khas Aidilfitri sebanyak RM500 untuk penjawat awam gred 56 dan ke bawah.


Dalam satu pengumuman pada Selasa, Ismail berkata pesara kerajaan juga akan menerima elaun RM250.

"Sukacita diumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.


"Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022," ujar Ismail menerusi ciapan di Twitter.


Menurut perdana menteri, bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.


"Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.


"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.


"Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," ujarnya lagi.

Secara Ringkasnya:

  1.  Kerajaan setuju beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
  2. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri: Kerajaan setuju beri sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.
  3. Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibuat pada 25 April ini.
Sumber:Mstar


Post a Comment

1 Comments

  1. colombus bin lamuji
    800618125135
    BLK C 5 14 JALAN PELANGI 1
    TAMAN PELANGI
    14000 BUKIT MERTAJAM
    PULAU PINANG
    Tarikh lahir
    18061980
    nombor telefon
    01136331105
    Berakhir Hospital Ranau Sabah
    Status bujang
    Warna gerak Malaysia
    NAMA BANK AGRO BANK
    Nombor akaun bank
    2006591001444774

    ReplyDelete