Cara Mohon Tablet & Komputer Riba Percuma Buat Golongan B40

Kementerian Komunikasi dan Multimedia membuka permohonan kepada semua pelajar kolej, kolej swasta, politeknik atau kolej komuniti untuk menerima tablet atau komputer riba percuma pada 15 April.


Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata peranti itu akan dihantar pada Jun depan.

Menurutnya, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi ibu bapa yang tidak mampu membeli peranti bernilai ribuan ringgit.

"Mulai 15 April, kementerian akan buka satu portal di mana pelajar termasuk di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet.

"Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, " katanya ketika berucap pada Program Santai Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia Daerah Sandakan, hari ini.

Menurutnya, sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan 'cap ayam'.

"Saya harap pada minggu pertama Jun, kita mula mengedarkan tablet kepada mereka yang memohon yang mungkin akan membabitkan beratus ribu anak muda siswa siswi.

"Mereka akan mendapat tablet berkualiti tinggi bukan cap ayam... Saya jamin kita akan beri kualiti yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 100,000 orang diperlukan untuk menjadi duta komuniti seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Kita akan ambil serta-merta, PM dah lancar semalam, jemaah menteri dan luluskan jadi kita laksanakan serta-merta.

"Kita boleh keluarkan watikah, mereka sudah boleh buat. Pada 1 April apabila pergerakan dibenarkan seperti biasa, kita harap duta komuniti sudah ada dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya, untuk pusingan pertama seramai 30,000 orang akan diambil dan dijangka mencecah 100,000 mengikut keperluan.

Jelasnya, duta komuniti amat diperlukan khususnya membantu ketika negara dalam fasa transisi pertukaran daripada pandemik ke endemik.

"Orang ramai boleh datang ke pejabat penerangan daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mendapatkan watikah pelantikan agar tidak dipertikai kelak," katanya.

kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT)

“Sepanjang tempoh pandemik, mahasiswa tetap meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu. Bagi pelajar yang kurang mampu, mereka adakalanya perlu meminjam peranti kawan, atau terpaksa ke pusat internet di pekan, untuk membuat tugasan pengajian.




“Malah, kadang-kadang ada juga antara mereka yang tidak dapat hadir ke kuliah online. Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.


“Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.

“Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Syarikat telekomunikasi yang terlibat

  1. Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  3. Maxis Berhad (Maxis),
  4. U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  5. Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  6. YTL Communications Sdn Bhd (YES).
TARIKH PERMOHONAN
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada suku kedua 2022 iaitu (April – Jun 2022)
Info dari masa ke semasa anda boleh ikuti perkembangan dihttps://t.me/semakaninfo



Post a Comment

0 Comments