KLIK UNTUK IKUTI INFORMASI DARI SEMASA  KE SEMASA

Bantuan barang dapur buat rakyat Malaysia yang berkelayakan, semak segera

Bantuan barang dapur 

Program Bakul Prihatin Negara buat rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan ataupun terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Beliau juga menyatakan program ini sebagai tindak balas proaktif buat senario yang sedang dihadapi oleh masyarakat pada ketika ini.

Program ini yang membabitkan pengagihan 420,000 bakul bantuan barangan keperluan kepada 1.68 juta penerima dengan peruntukan RM21 juta


APA ITU BAKUL PRIHATIN NEGARA ?

  1. Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban rakyat .

APA YANG TERKANDUNG DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA ?

Setiap bakul makanan bernilai RM50 itu mengandungi :

  1. Beras (5 Kg)
  2. Gula (1 Kg)
  3. Tepung (2 Kg)
  4. Bihun (400 Gm)
  5. Kicap (650 Ml)
  6. Sardin (230 Gm)
  7. Biskut
  8. Kopi

CARA MOHON BAKUL PRIHATIN NEGARA


Jika anda memerlukan bantuan Bakul Prihatin Negara ini, anda boleh membuat permohonan dengan cara seperti berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
  2. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  3. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  4. Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.
JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.


BORANG PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN BANTUAN BARANG DAPUR

Sila muat turun dokumen tersebut dan isi maklumat anda dengan lengkap :

  1. Borang A - Borang Permohonan
  2. Borang B - Akuan Penerimaan Bakul Prihatin Negara
Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan.
Hubungi Talian Kasih 15999 atau bilik gerakan JKM Daerah anda















MAKLUMAT LANJUT BANTUAN BARANG DAPUR


Untuk maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara boleh layari laman sesawang rasmi bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat https://www.jkm.gov.my

KLIK UNTUK IKUTI INFORMASI DARI SEMASA KE SEMASA

Post a Comment

0 Comments