KLIK UNTUK IKUTI INFORMASI DARI SEMASA  KE SEMASA

'Pengeluaran KWSP sekali lagi bukan cara selesai isu harga barang'

'Pengeluaran KWSP sekali lagi bukan cara selesai isu harga barang'




Pengeluaran wang khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan langkah untuk menyelesaikan isu harga barang dan kos sara hidup yang meningkat ketika ini.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perlu ada pendekatan yang berbeza bersifat holistik termasuk intervensi kerajaan yang tetap terhadap rantaian bekalan makanan asasi rakyat.



"Ramai yang minta isu berhubung pengeluaran wang khas daripada KWSP ini diperjuangkan sekali lagi.

"Ketika saya bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini bagi membuat rayuan, saya berhujah pengeluaran RM10,000 KWSP dahulu adalah yang terakhir bagi memenuhi tuntutan rakyat yang susah untuk memulakan kehidupan baharu pasca pandemik," katanya dalam Facebook hari ini.


Asyraf berkata, karenah birokrasi di peringkat bawah juga perlu ditangani segera bagi memastikan apa juga bantuan kepada rakyat termasuk subsidi dapat disampaikan secara berkesan.

"Insya-Allah, Pemuda UMNO akan terus bersuara bagi pihak rakyat dan bersedia menjadi penghubung kepada kerajaan agar suara hati rakyat didengari mereka," katanya.


Sejak 2020, kerajaan mengumumkan empat skim pengeluaran khas membabitkan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran mencecah RM101 bilion.

Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan satu lagi kemudahan pengeluaran sebanyak RM10,000 dengan KWSP menyatakan ia wajar menjadi skim terakhir.

KLIK UNTUK IKUTI INFORMASI DARI SEMASA KE SEMASA

Post a Comment

0 Comments