Skim Jaminan Perumahan Tanpa Slip Gaji & Pekerjaan Tetap Mampu Memiliki Rumah !

Skim ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.


Siapakah yang layak memohon SJKP?
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
  2. Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sedehana atau mampu milik dan untuk didiami
  3. Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  4. Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  5. Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  6. Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
*CCRIS: Central Credit Reference Information System

Bagaimanakah saya boleh memohon SJKP ?
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan (IKP) yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.

Proses Skim Jaminan:
  1. Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat
  2. Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak
  3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan perlindungan
  4. SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan perlindungan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)
  5. Institusi Kewagnan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP
  6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiaaan

Dokumen diperlukan:
  1. Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
  2. Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
  3. Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
  4. Surat pengesahan pekerjaan
  5. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  6. Surat pengesahan majikan (jika ada)
  7. Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  8. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung


Maklumat lanjut
Anda boleh hubungi 03 2098 5000 ataupun emel ke enquiry@sjkp.com.my


Post a Comment

0 Comments