Permohonan Bantuan Zakat Buat Pelajar UiTM Sesi 2022/2023 - Diploma & Ijazah



Permohonan Zakat Pelajar Diploma dan Sarjana Muda (ZAWAF) UITM Online

Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kini dibuka pada hari Isnin 26hb September 2022.

Oleh itu, semua pelajar dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh akhir 31 Oktober 2022.

Syarat Permohonan

Berikuat syarat Permohonan zakat UiTM :

  1. Beragama Islam
  2. Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-Diploma
  3. Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti
  4. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.
Dokumen Sokongan Permohonan zakat UiTM

  1. Salinan kad matrik pelajar
  2. Pengesahan pendapatan / Slip Gaji
  3. Slip pengesahan akaun
  4. Surat perakuan doktor (jika perlu)
  5. Sijil kematian (jika perlu)


Cara Mohon Zakat UiTM

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Sesi 1 2022 / 2023 Universiti Teknologi MARA.
Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023.
Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM berdasarkan tarikh permohonan yang telah ditetapkan.
Butiran permohonan adalah seperti berikut :
Tarikh Buka Permohonan : 26 September 2022 ( Isnin )
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 ( Isnin )
Tarikh Temuduga : 17 Oktober 2022 - 16 Disember 2022


Maklumat lanjut Untuk info lanjut anda boleh layari laman web rasmi UiTM https://zawaf.uitm.edu.my/ , hebahkan buat saudara-mara anda yang berkelayakan.




Post a Comment

0 Comments