i-Saraan Insentif RM250 Setahun Buat Rakyat Malaysia
Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-Saraan) membenarkan ahli yang bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan sambil menerima caruman tambahan daripada kerajaan.
Insentif Persaraan (i-Saraan)
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.
Faedah
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500
* tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Siapa Yang Boleh Memohon ?
Syarat-syarat kelayakan i-Saraan
- Warganegara Malaysia
- Orang yang bekerja sendiri
- Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja
- Ahli KWSP
- Berumur 60 tahun ke bawah
- MyKad
- Borang i-Saraan - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan - KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
Post a Comment
0 Comments