BKM Fasa 4 Bagi Kategori Bujang, Isi rumah, Warga Emas, Ibu/Bapa Tunggal



Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai daripada kerajaan yang lebih disasarkan kepada mereka yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan bebanan rakyat berpendapatan rendah.


  1. Penerima BKM yang berstatus lulus boleh mengemaskini maklumat asas bermula 10 Oktober sehingga 30 Oktober 2022.

  2. Bayaran fasa keempat akan disalurkan kepada penerima yang lulus pada bulan Disember 2022 (Tarikh akan diumumkan kelak)

Kelayakan
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  1. Isi Rumah  - Tiada Had Umur

  2. Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan - 60 Tahun Ke atas

  3. Bujang - 21-59 tahun &19 tahun ke atas (Bujang & OKU)


Cara memohon

Tempoh permohonan telah ditutup. Walau bagaimanapun, penerima yang lulus boleh mengemaskini maklumat asas seperti berikut:
  1. No. Telefon Rumah
  2. No. telefon bimbit
  3. Alamat Emel
  4. Nama dan no. akaun pemohon
  5. Maklumat wakil
Jika anda penerima BPR 2021, penerima BKC B40 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP:
  1. Anda akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan
  2. Anda tidak perlu membuat permohonan baharu BKM
  3. Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan Portal BKM
Jika anda tidak pernah memohon BPR ataupun BKC, dan tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM:
  1. Anda boleh membuat permohonan baharu BKM secara dalam talian di Portal BKM;
  2. Ataupun hadir ke mana-mana cawangan / pejabat satelit / pusat khidmat hasil / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM untuk megisi dan mengemukakan Borang Permohonan BKM
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

Ada akaun bank dan berjaya kredit
  1. Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  2. Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat
Ada akaun bank tetapi gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
  1. Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  2. Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM
Tiada akaun bank
  1. Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  2. Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM


Nilai Pembayaran BKM Fasa 4

  1. Tarikh semakan status dan jumlah dikreditkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 ialah Disember 2022.

    Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri/Menteri Kewangan dalam masa terdekat.


Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia anda boleh hubungi atau rujuk laman web rasmi dibawah:

Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html


Post a Comment

0 Comments