Program Bantuan Baiki dan Bina Rumah Seluruh Malaysia


Untuk makluman, kerajaan menjalankan program bantuan pembaikan rumah di setiap negeri di Malaysia. Program bantuan itu bertujuan membantu golongan miskin dan


miskin tegar, tanpa mengira latar belakang mereka, dengan menyediakan kemudahan asas dan perumahan yang selesa, memberi mereka harapan baharu untuk kualiti hidup yang lebih baik.

Hebahkan berita gembira ini buat saudara-mara anda, ikuti perkongsian kami dibawah.


Kadar Bantuan Diterima

  1. Jumlah pembiayaan ini bergantung kepada bantuan kewangan negeri masing-masing.
Baca Juga:
1.Pengeluaran KHAS KWSP 2.0 Bakal Dilaksanakan ?

Syarat Kelayakan

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar ditentukan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) berkesan semasa.

Kriteria kumpulan sasaran untuk penerima PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
  1. Dikenal pasti sebagai golongan miskin teras atau miskin yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2. Diakreditasi dan diperakui oleh Kumpulan Fokus Pembasmian Kemiskinan peringkat daerah (FGD) atau peringkat negeri (FGN) atau yang setaraf dengannya di peringkat negeri; atau
  3.  Diperakui oleh agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Nota : Bagi syarat-syarat khusus adalah tertakluk kepada bantuan yang ditawarkan di negeri masing-masing rujuk terlebih dahulu.


Keutamaan Diberikan

  1. warga emas;
  2. orang kurang upaya (OKU);
  3.  ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
  4. mangsa bencana yang berskala kecil; dan
  5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar
Cara Mohon

Di bawah adalah laman web permohonan bantuan pembaikan rumah bagi setiap negeri di Malaysia, sila klik pada nama negeri:

  1. WP Kuala Lumpur
  2. Perlis
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Kedah
  6. Selangor
  7. Melaka
  8. Kelantan
  9. Terengganu
  10. Pahang
  11. Negeri Sembilan
  12. Johor
  13. Sarawak
  14. Sabah

Maklumat lanjut mengenai bantuan buat anda boleh rujuk di laman web rasmi negeri persekutuan masing-masing

Sumber: semakanonline


Post a Comment

0 Comments