Bantuan Barang Dapur RM300 Buat Golongan B40 Tahun 2023


Bantuan dapur Mohon Bantuan Hidup Sejahtera RM300 Khas untuk rakyat Malaysia dalam golongan B40.

Bantuan BINGKAS atau Bantuan Hidup Sejahtera Selangor diperkenalkan kerajaan melalui kerajaan pusat atau negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Tujuan utamanya adalah untuk mengiktiraf peranan penting ibu bapa dalam menguruskan keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak mereka di tengah-tengah pandemik itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato' Seri Amirudin Bin Shari, program ini telah memperkembangkan dan menambah baik Program Kasih Ibu Smart Selangorr (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT), membolehkan keluar merasai faedah yang diberikan.


Bantuan BINGKAS Online (Bantuan Barang Dapur)

Program itu bertujuan menyediakan bantuan RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga bagi menampung pembelian keperluan asas dan peralatan pendidikan.


Syarat Pendaftaran Bantuan Barang Dapur

Pemohonan ini dibuka untuk:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pemilih berdaftar di Selangor.
  4. Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  5. Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM3,000/sebulan.
Baca Juga:

Cara Permohonan BINGKAS Online 2023
Untuk memohon, sila layari laman web BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon terkini dan mendaftar.

  1. Layari laman rasmi : https://www.bingkasselangor.com/log-masuk
  2. Masukkan nombor telefon anda
  3. Isi setiap maklumat yang diperlukan
  4. Hantar permohonan.


Post a Comment

0 Comments