Permohonan & Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500 Setiap bulan bagi tahun 2021

SKIM BANTUAN KEBAJIKAN

Bantuan Kebajikan adalah bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.



BANTUAN WARGA EMAS

Warga emas akan mendapat bantuan sebanyak RM500/sebulan seorang.



SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di :-
    i.  Institusi kendalian JKM
    ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.


CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS

cara-cara mohon adalah seperti berikut :-

1.Layari laman web JKM BORANG PERMOHONAN
2.Setelah itu klik "daftar permohonan"
3.Isi maklumat anda "negeri" & "nombor kad pengenalan"
4.Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian, jika anda tidak menghadirkan diri ini akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik, rujuk DISINI
5.Pemohon juga haruslah membawa dokumen sokongan untuk mohon bantuan tersebut, terdapat senarai dokumen tersebut dibawah.



DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

i. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
ii. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
iii. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU(Jika Kategori OKU)
iv. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan(jika bekerja sendiri)
v. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
vi. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)


BORANG SOKONGAN YANG HARUS DIISI

Borang Bantuan Kebajikan Masyarakat



MAKLUMAT LANJUT

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 - 8000 8000

Faks : 03 - 8323 2045


Post a Comment

0 Comments