Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin telah mengumumkan melalui Facebook rasminya, beliau menyatakan bawah murid akan mula bercuti pada 7 Mei bagi Kumpulan A manakala Kumpulan B pula pada 8 Mei 2021.

Beliau juga menyatakan, sesi persekolahan secara bersemuka akan dilakukan semula selepas sahaja cuti penggal persekolahan iaitu pada 12 ataupun 13 Jun 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan cuti peristiwa bagi sekolah seluruh negara mengikut kumpulan masing-masing.

  1. Kumpulan A cuti peristiwa ataupun cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021

  2. Kumpulan B cuti peristiwa ataupun cuti ganti pada 10 Mei 2021 
Berikut kami kongsikan pengunguman beliau mengenai Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya.

Baca Juga :- 


Selain itu, beliau juga menyatakan sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

KPM mengambil langkah-langkah tersebut agar dapat mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.


Post a Comment

0 Comments