ISU SEMASA
I-Sinar Pembayaran Bermula 3 Mei 2021 mengikut Kategori & Batch Semak Segera
Hari Hari Kerja ! akan berkongsi dengan anda untuk pembayaran i-sinar bagi bulan Mei yang dinanti-nantikan oleh orang ramai.Pembayaran bagi bulan Mei lebih awal berbanding April.
PEMBAYARAN I-SINAR KATEGORI 1&2
- Pembayaran masih sama seperti dahulu iaitu kategori 1 dahulu barulah diikuti kategori 2,Pembayaran dijangkakan akan masuk pada 3 Mei iaitu jatuh pada hari isnin minggu hadapan.
- Pembayaran pada 3 Mei dan akan dibayar secara berperingkat mengikut batch / kumpulan masing-masing.
INFO PEMBAYARAN I-SINAR KATEGORI 1&2
- Pembayaran akan bermula pada 3 Mei 2021
- Ahli yang sudah menerima pembayaran pada 1 April akan terima bayaran pada 3 Mei. Manakala yang dapat pada 2 April akan menerima pembayaran pada 4 Mei. Yang menerima pada 3 April akan terima pada 5 Mei dan begitulah seterusnya, mengikut batch masing-masing berdasarkan pembayaran yang diterima pada bulan April.
- PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT : Duit i-Sinar masuk ke akaun penerima.
- PEMBAYARAN GAGAL KREDIT : Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akau salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada KWSP.
CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN I-SINAR
- 1. Masukkan portal tersebut https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
- 2.Masukkan Nombor IC & Nombor Telefon
- 3.Haruslah SAMA yang sudah didaftar
- 4.Klik petak " Saya Bukan Robot"
- 5.Keputusan dinyatakan selepas klik "Semak Status"
PERMOHONAN BAHARU I-SINAR
Untuk makluman permohonan baharu i-Sinar akan ditamatkan pada 30 Jun 2021, bagi yang belum memohon anda boleh membuat permohonan segera.
- 1.Klik portal tersebut https://isinar.kwsp.gov.my/submit-request
- 2.Masukkan Nombor IC anda & Nombor telefon
- 3.Masukkan KOD OTP yang akan diterima untuk pengesahan
- 4.Jawab Soalan Keselamatan untuk pengesahan
- 5.Tetapkan amaun berapa yang anda inginkan
- 6.Tetapkan pembayaran bulan pertama
- 7.Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- 8.Semak semula dan hantar
- 9.Permohonan sudah dihantar dan akan diperoses
- 10.Semak Status permohonan anda
Post a Comment
0 Comments