Skim Rumah Pertamaku 2021: Cara Mohon dan Semakan Bantuan Rumah Pertamaku
Skim Rumah Pertamaku 2021: Cara Mohon dan Semakan Bantuan Rumah Pertamaku
Tahukah anda Cara untuk Memohon Skim Rumah Pertamaku 2021 & bantuan rumah pertama bagi pekerja swasta dan juga bagi yang bekerja sendiri, kami dari www.hariharikerja.com akan terangkan kepada anda bagi memudahkan
permohonan anda.
Mypt3 ingin membantu kalangan yang gaji dan pendapatan rendah untuk beli rumah pertama mereka.
Ini disebabkan rata-rata harga rumah sekarang jauh lebih mahal dan tidak mampu dibeli oleh individu-individu yang gajinya purata RM1,000-RM2,000 dan kebawah, ditambahkan lagi dengan permohonan untuk mohon pinjaman ataupun pembiayaan yang ketat dan sangat rumit untuk lulus adalah juga salah satu faktor rakyat Malaysia tidak mampu untuk memiliki rumah pertama mereka sendiri.
Oleh itu, skim pembiayaan projek RUMAH PERTAMAKU yang telah diumumkan bagi membantu mereka yang ingin memiliki rumah.
SKIM RUMAH PERTAMAKU 2021
- Tiada tarikh tutup tawaran bagi permohonan bantuan RUMAH PERTAMAKU. Selagi ada dana peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan sejumlah RM1 bilion, anda boleh mohon.
- Anda boleh mohon sekarang skim RUMAH PERTAMAKU
- Kadar faedah yang dikenakan adalah rendah
- Tidak perlu membayar wang pendahuluan ataupun deposit
- Antara bank-bank yang terlibat menawarkan skim RUMAH PERTAMAKU ini, antaranya ialah Maybank, Alliance, Affin Bank, Public Bank, MBSB Bank, Hong Leong , Standard Chartered, UOB Bank, OCBC Bank, Bank Muamalat, Bank Islam, RHB, CIMB, Ambank dan juga BSN
- Kelebihan skim ini, anda layak dapat pinjaman perumahan sehingga 110% PERATUS, yang sekaligus membantu anda membeli rumah dimanapun tanpa sedikit modal ataupun deposit. Seronokkan! jangan lepaskan peluang ini, mohon segera dan dapatkan rumah pertama anda.
- Terbuka buat warga Malaysia sahaja
- Bagi individu yang ingin membeli rumah pertama mereka
- Layak bagi Pemohon individu ( mohon atas nama seorang sahaja ) ataupun bersama ( isi rumah keluarga ataupun bersama )
= Bagi pemohon individu pendapatan anda haruslah tidak melebihi RM5,000
= Bagi pemohon bersama pulak haruslah tidak melebihi RM10,000 - tertakluk mengikut pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap individu haruslah tidak melebihi RM5,000 - Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun
- Rumah di pasaran utama dan skunder yang terletak hanya di Malaysia sahaja.
- Nilai rumah yang tidak melebihi RM500,000.00
- Di duduki oleh pemohon (pemohon haruslah menghuni rumah tersebut )
- Tempoh pembiayaan mestilah tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon haruslah tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan skim rumah pertamaku.
- Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
- Untuk bayaran ansuran haruslah melalui potongan gaji bulanan atau arahan yang ditetapkan
- Wajib mengambil insuran/takaful kebakaran untuk mohon
- Berikut untuk pembelian hartanah yang berharga sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 :-
= Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://www.akpk.org.my/my - Dan tempoh moratorium selama 5 tahun
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
BANK-BANK YANG TERLIBAT | NOMBOR TELEFON | BANK-BANK YANG TERLIBAT | NOMBOR TELEFON |
---|---|---|---|
Affin Bank Berhad | 03-5522 3000 | Maybank Berhad Maybank Islamic Berhad | 1 300 88 6688 |
Alliance Bank Malaysia Berhad Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad | 03-2612 9266 / 9267 | OCBC Bank Malaysia Berhad OCBC Al Amin Berhad | 1 300 88 5000 1 300 88 0310 |
AmBank Berhad AmIslamic Bank Berhad | 03-2178 8888 | Public Bank Berhad Public Islamic Bank Berhad | 1 800 22 9999 |
Bank Islam Malaysia Berhad | 03-2690 0900 | RHB Bank Berhad | 1 800 88 4663 |
Bank Muamalat Malaysia Berhad | 1 300 88 8787 | RHB Islamic Bank Berhad | Sem. Malaysia: 03-9206 8118 Sabah & Sarawak : 082-276118 |
CIMB Bank Berhad CIMB Islamic Bank Berhad | 1 300 880 900 | Standard Chartered Bank Malaysia Berhad Standard Chartered Saadiq Berhad | 03-7711 8888 03-2117 7941 |
Hong Leong Bank Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad | 1 800 38 8888 | United Overseas Bank Malaysia Berhad | 03-2612 8121 |
SOALAN LAZIM & FAQ SKIM RUMAH PERTAMAKU
- Boleh mohon
- Boleh
- TIDAK, skim ini dikhaskan untuk pekerja swasta dan juga yang bekerja sendiri
- Tidak boleh untuk pembinaan rumah atas tanah sendiri
- Pastikan pendapatan anda dan pasangan jikalau dijumlahkan TIDAK LEBIH RM5,000 sebulan dan rumah yang anda mahu beli TAK LEBIH RM300,000
Post a Comment
0 Comments