36 Jenis Bunga Api Dibenarkan Jual Semasa Hari Raya Aidilfitri


Polis Diraja Malaysia (PDRM) benarkan 36 bunga api jenis 'Happy Boom' dan 'Pop-pop' untuk jualan sempena Aidilfitri kali ini, dengan syarat peniaga perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata kelulusan dasar sudah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api secara jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.


SYARAT KEBENARAN
  1. Tempoh jualan dibenarkan 30 hari sahaja (15 hari sebelum dan 15 hari selepas musim perayaan) tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Negeri.
  2. Mereka juga disyaratkan mempunyai lesen perniagaan sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), permit PDRM dan rakyat tempatan

DIMANA BOLEH JUAL ?
  1. Penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya (wholeseller dan hypermarket) atau pusat membeli belah adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat menyimpan yang selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PDRM.

36 JENIS BUNGA API DIBENARKAN
  1. Happy Boom: Glow of Sunset, Sunset Bar, Glories, Flower Silver Cracking Rain, Birthday Candle, Dush 20 (Roman Candle), Dush 30 (Roman Candle), 10 Shoots (Roman Candle), 8 Shoots Roman Candle (New) dan Happy Boom Sun Sparkles.
  2. Colour Sun Sparkle (18 inci besi warna), Fountain, Happy Boom 10 inci Ice Cream (Fountain), 15 inci Ice Cream (Fountain), 13 inci Conic (Fountain), Mini Ice Cream (Fountain), Peacock Fountain, Happines Fountain, Ground Boom Flower dan Happy Boom Camelia Flower
  3. Firework, Pili Cracker, Pili Cracker 3 Minutes, Moon (Rockets), Thunder Clap (Rockets), Top Gun (UFO), Top Gun, Sky Dragon (New), Happy Boom 14 inci besi, Bee, Mancis, Cili Padi, Party Pooper, Banana Kecil dan Happy Boom Banana Rain.

Sumber : Beritaharian


Post a Comment

0 Comments