Bantuan Isi Rumah & Bujang Bulan Ogos Tahun 2021
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang
disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
Info menggembirakan buat semua rakyat Malaysia yang khusunya daripada golongan miskin tegar B40 & M40 begitu juga buat golongan bujang kerana pihak kerajaan akan memulakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bermula pada Ogos 2021 ini.
Semak info penuh berkenaan Bantuan Khas Covid (BKC) rujuk di bawah.
BANTUAN GOLONGAN B40 & M40
- Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Covid (BKC) .Bantuan ini dislaurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di dalam kelompok miskin tegar, B40 dan M40.Dapat memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah begitu juga dengn warga emas dan bujang, dan melibatkan pembelanjaan sebanyak RM4.6 billion

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKC?
BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MEMOHON BKC?
- Tiada permohonan diperlukan
- Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
- Nota: Jika anda tidak berjaya dalam rayuan BPR, anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.
- Namun, LHDNM akan memeriksa rekod cukai yang ada untuk mengesahkan jika anda termasuk di dalam kategori pendapatan M40 (RM5,001 – RM9,000 untuk isi rumah / RM2,501 – RM5,000 untuk individu bujang)
- Jika anda berada di dalam kategori pendapatan ini anda akan layak mendapat bayaran BKC untuk kategori M40
Kategori Pendapatan | Data pengesahan | |
---|---|---|
Miskin Tegar | Permohonan BPR 2021 | |
B40 | Permohonan BPR 2021 | |
M40 | Rekod percukaian LHDNM |
- Bagi kategori isi rumah yang miskin tergar akan dapat bantuan sebanyak RM500 mulai bulan Ogos 2021. Manakala pembayaran kedua adalah sebanyak RM500 yang akan mula dibayar pada bulan November. Seterusnya pembayaran ketiga pula akan mula dikredtikan kepada penerima mulai Disember sebanyak RM300
- Manakala bagi kategori bujang miskin tegar akan dapat bantuan sebanyak RM200 mulai Ogos ini, dan pembayaran seterusnya pula akan dikredtikan pada bulan November sebanyak RM300 akan diberikan.
Post a Comment
0 Comments