ISU SEMASA
[TERKINI] Lengkap 2 Dos Vaksin Boleh Rentas Negeri Mulai Selasa, Solat Berjemaah, Melancong Dibenarkan
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Y
assin hari ini mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
assin hari ini mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Dalam Perutusan Khas yang disiarkan pada Ahad petang, Muhyiddin berkata kemudahan-kemudahan itu akan berkuatkuasa mulai Selasa, 10 Ogos ini.
Perdana menteri turut menjelaskan maksud lengkap dos vaksin adalah seperti berikut:
- Vaksin jenis dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) : Telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
- Vaksin jenis satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) : Telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Berikut merupakan perincian pengumuman tersebut:
- Pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang lengkap vaksinasi yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.
- Suami isteri yang juga pasangan jarak jauh (PJJ) yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing
- Ibu bapa yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk berjumpa dengan anak yang berumur 18 tahun ke bawah.
- Aktiviti solat dibenarkan di masjid atau surau bagi jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.
- Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadah.
Kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam
Fasa 2 dan seterusnya.
Berikut merupakan perincian untuk negeri fasa 2 dan seterusnya:
- Aktiviti rentas daerah dibenarkan dengan menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi Covid-19.
- Aktiviti dine-in makan dalam restoran turut dibenarkan
- Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan bermula 6 pagi hingga 10 malam.
- Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in
- Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan, melibatkan homestay dan hotel.

Kata perdana menteri lagi, perincian lengkap kemudahan-kemudahan yang diumumkan itu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
sumber mstar.
Post a Comment
0 Comments