PEMULIH : Bantuan Khas Taska Sebanyak RM3,000 Secara One-Off



Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000 akan diberikan kepada 4,400 pengusaha taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan itu turut membabitkan, 8,000 pengusaha taman didikan kanak-kanak (TADIKA) swasta seliaan Kementerian Pendidikan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemberian bantuan itu dapat digunakan untuk pelbagai tindakan antaranya keperluan sanitasi dan pembelian peralatan nyah kuman bagi memastikan kebersihan dan keselamatan anak-anak yang ditempatkan di pusat asuhan dan tadika.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gimnasium, boling, futsal yang turut terkesan dan hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Kategori TASKA yang layak memohon bantuan khas ini berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] adalah seperti berikut:

i. TASKA Institusi

  1. Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  2. Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)

ii. TASKA Di Tempat Kerja

  1. Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  2. Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja

iii. TASKA Komuniti

  1. Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  2. Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  3. Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar

iv. TASKA Rumah

  1. Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  2. Dijalankan di kediaman sendiri


CARA MOHON
  1. Pengusaha TASKA boleh mendapatkan Borang Permohonan dan Senarai Semak permohonan BKT_1 Borang Permohonan & BKT_2 Senarai Semak  atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan;

  2. Pengusaha perlu mengemaskini maklumat dalam sistem Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC); 

  3. Pengusaha juga perlu memastikan dokumen-dokumen sokongan disahkan di Pejabat Kebajikan Masyarakat; dan

  4. Membuat temu janji untuk mengemukakan dokumen permohonan sepertimana dinyatakan dalam senarai semak kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang terdekat.

Berapakah kadar bantuan kewangan khas Pakej PEMULIH yang layak diperolehi oleh untuk sesebuah TASKA? 

Kadar bayaran bantuan kewangan khas berjumlah:
i. RM 3000 untuk TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti; dan 
ii. RM 800 untuk TASKA di Rumah

Bilakah tarikh permohonan bantuan kewangan melalui Pakej PEMULIH ini?
Tarikh permohonan Bantuan Kewangan Pakej PEMULIH ini adalah pada
19 Julai sehingga 31 Ogos 2021. 

Baca Juga 
  1. Cara Permohonan & Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC)

Maklumat lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari 
https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php ataupun email ke webmaster@jkm.gov.my


Post a Comment

0 Comments