Tarikh Rayuan & Cara Semak Rayuan Kelulusan BPR
Masih ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran untuk BPR Fasa 3 ke akaun penerima & status rayuan BPR Kami HariHariKerja ! akan kongsikan maklumat berkenaan BPR Fasa 3, tarikh pembayaran & jumlah baki yang akan diterima.
BILAKAH BOLEH BUAT SEMAKAN KELULUSAN RAYUAN BPR?
- Tarikh Semakan boleh dibuat mulai Ogos 2021 berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan.
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR?
Jika anda semak status anda dan gagal semak KOD GAGAL anda dan rujuk info-info bagi setiap kod dibawah.
Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:
- 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
- 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
- 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
- 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
- 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
BAGAIMANAKAH CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021?
Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan mengikuti langkah berikut:
- Pergi ke Portal Rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my
- Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
- Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
- Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.
MACAM MANA CARA NAK CHECK STATUS RAYUAN BPR?
Anda boleh check status rayuan BPR melalui portal rasmi BPR:
- Layari https://bpr.hasil.gov.my
- Sila isi Nombor Kad Pengenalan
- Sila lengkapkan CAPTCHA
- Tekan SEMAK
- Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
- Jika permohonan rayuan BPR anda LULUS,maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan.
- Jika permohonan rayuan BPR anda GAGAL,maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). BPR dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2021. Sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelumnya, pembayaran duit BPR 2021 turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai nilai keseluruhan duit BPR berdasarkan kategori pendapatan bulanan isi rumah dan bujang sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semak Status’
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
- Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
Post a Comment
0 Comments