Cara tebus BKC anda dikaunter, atapun secara wakil


Info menggembirakan buat semua rakyat Malaysia yang khusunya daripada golongan miskin tegar B40 & M40 begitu juga buat golongan bujang kerana pihak kerajaan akan memulakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bermula pada 6 September 2021 ini.  

Bagi yang ingin tebus BKC secara tunai rujuk dibawah.

PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BKC secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BKC di Kaunter BSN mulai 6 September 2021

Jika anda tidak mampu atau tidak berkesempatan untuk tebus, siapa yang wakil yang layak ?

Wakil yang layak didaftarkan sebagai wakil penunaian BKC adalah

seperti berikut:

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa

Anak

  1. Anak Kandung
  2. Anak Tiri
  3. Anak Angkat
  4. Adik-Beradik
  5. Cucu

Dokumen yang diperlukan sewaktu tebus BKC

Dokumen yang perlu dibawa oleh wakil yang didaftarkan adalah:
i. Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) Penerima BKC;
dan
ii. Kad Pengenalan / Pasport asal wakil; dan
iii. Dokumen pembuktian pertalian antara Penerima BKC dan wakil
(asal atau salinan);

Hubungan wakil 
  1. Ibu/Bapa : Sijil Kelahiran Penerima BKC
  2. Pasangan : a. Sijil Perkahwinan; ATAU b. Sijil Lahir Anak
  3. Anak : Sijil Kelahiran Wakil (Anak)
  4. Anak Angkat
    a. Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU
    b. Pengesahan Agensi Kerajaan (jika Penerima BKC tiada Sijil Anak Angkat) iaitu:
    i. Mahkamah; atau
    ii. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  5. Anak Tiri
    a. Sijil Lahir Wakil (Anak Tiri); DAN
    b. Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
  6. Adik Beradik :
    a. Sijil Kelahiran Penerima BKC; DAN
    b. Sijil Kelahiran Wakil
  7. Cucu :
    a. Sijil Kelahiran Wakil (Cucu); DAN
    b. Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Wakil 

Cara untuk kemas kini maklumat wakil

Pengemaskinian maklumat wakil boleh dibuat di Cawangan LHDNM
secara janji temu. (Sila rujuk Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my
untuk e-Janji Temu).



Post a Comment

0 Comments