Status Keputusan Rayuan BPR & Tarikh BPR Fasa 3 Dikreditkan


Masih ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran untuk BPR Fasa 3 ke akaun penerima & status rayuan BPR Kami HariHariKerja ! akan kongsikan maklumat berkenaan BPR Fasa 3, tarikh pembayaran & jumlah baki yang akan diterima.


BILAKAH BOLEH BUAT SEMAKAN KELULUSAN RAYUAN BPR?

  1. Tarikh Semakan boleh dibuat mulai hujung bulan September ini 2021 berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR?
Jika anda semak status anda dan gagal semak KOD GAGAL anda dan rujuk info-info bagi setiap kod dibawah.

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 adalah seperti berikut:

  1. 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  2. 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  3. 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  4. 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  5. 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

BAGAIMANAKAH CARA BUAT PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021?

Permohonan Rayuan BPR 2021 dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal Rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pada ikon ‘Rayuan’ (mulai 15 Jun 2021)
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (Mykad) dan klik pada butang carian.
  4. Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai.
  5. Pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BPR Fasa 2.


MACAM MANA CARA NAK CHECK STATUS RAYUAN BPR?

Anda boleh check status rayuan BPR melalui portal rasmi BPR:

  1. Layari https://bpr.hasil.gov.my
  2. Sila isi Nombor Kad Pengenalan
  3. Sila lengkapkan CAPTCHA
  4. Tekan SEMAK
  5. Maklumat pemohon BPR akan dipaparkan.
  6. Jika permohonan rayuan BPR anda LULUS,maklumat seperti status bayaran,jumlah dan fasa akan dipaparkan.
  7. Jika permohonan rayuan BPR anda GAGAL,maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan.

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

  1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). BPR dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2021. Sama seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelumnya, pembayaran duit BPR 2021 turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai nilai keseluruhan duit BPR berdasarkan kategori pendapatan bulanan isi rumah dan bujang sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Bilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam kenyataan media terdahulu, pembayaran BPR Fasa Kedua akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat mulai 7 Mei hingga 12 Mei yang lalu.

Sementara itu, bagi penerima BPR yang tiada akaun bank pula, pembayaran tunai telah dibuat mulai 17 Mei melalui BSN.

Bagi mereka yang berstatus TIDAK LULUS, permohonan rayuan telah dibuka 15-30 Jun 2021.

Baki Bayaran BPR Fasa 3

Jumlah bayaran BPR Fasa 3 bagi yang telah mengemaskini status bujang kepada berkahwin semasa BPR Fasa 2.

Jadual Tarikh Bayaran BPR 2021
Tarikh bayaran bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat mengikut kategori adalah seperti di bawah:

1. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500

Jumlah Bantuan Keseluruhan:

Sehingga 1 orang anak : RM1,200
Dua orang anak dan ke atas : RM1,800
Tarikh dan Jumlah Bayaran:

Fasa 1 : (ada akaun) 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM300
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM300
Fasa 2 : Mulai 7 – 12 Mei 2021 Secara Berperingkat (ada akaun bank)
              17 Mei 2021 (tiada akaun bank)
Fasa 3 : September 2021

2. Isi Rumah Berpendapatan Bawah Antara RM2,501 Hingga RM4,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan:

Sehingga 1 orang anak : RM800
Dua orang anak dan ke atas : RM1,200
Tarikh dan Jumlah Bayaran:

Fasa 1 : 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM300
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM300
Fasa 2 : Mulai 7 – 12 Mei 2021 Secara Berperingkat (ada akaun bank)
              17 Mei 2021 (tiada akaun bank)
Fasa 3 : September 2021

3. Isi Rumah Berpendapatan Bawah Antara RM4,001 Hingga RM5,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan:

Sehingga 1 orang anak : RM500
Dua orang anak dan ke atas : RM750
Tarikh dan Jumlah Bayaran:

Fasa 1 : 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM300
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM300
Fasa 2 : Mulai 7 – 12 Mei 2021 Secara Berperingkat (ada akaun bank)
              17 Mei 2021 (tiada akaun bank)
Fasa 3 : September 2021

4. Individu Bujang (21 tahun ke atas) Berpendapatan RM2,500 ke bawah

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM350

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

Fasa 1 : 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM150
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM150
Fasa 2 : Mulai 7 – 12 Mei 2021 Secara Berperingkat (ada akaun bank)
              17 Mei 2021 (tiada akaun bank)
Fasa 3 : September 2021

Tarikh Pembayaran
Tarikh pembayaran BPR Fasa Ketiga ini dijangka akan dibuat pada bulan September / Oktober 2021.

Setekat ini masih belum ada tarikh rasmi yang diumumkanm, sekiranya sudah diumumkan kami akan update terus buat anda ikut group rasmi kami

Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3
Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.
‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
‘Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

Cara Membuat Permohonan Rayuan BPR 
Cara membaut permohonan rayuan BPR jika anda gagal/tidak lulus boleh semak disini

sumber : MOF,HarianMetro


Post a Comment

0 Comments