Penerima BPR layak untuk Bantuan Jaringan Prihatin RM300 Peranti, RM180 Data

Kerajaan memberi peluang kepada golongan yang lulus rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk turut menyertai Program Jaringan Prihatin, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Justeru, katanya, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

"Lanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa serta memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon di kedai secara fizikal," katanya dalam Laporan LAKSANA ke-69 hari ini.


Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai 18 September lalu di Portal BPR iaitu melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

Katanya, pembayaran rayuan BPR terbabit membabitkan hampir 200,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta,


"Ia akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3," katanya.

Beliau berkata, bayaran BPR adalah antara pelbagai bantuan tunai langsung oleh kerajaan yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion dan mula disalurkan sejak Januari 2021, selain ia akan berterusan sehingga hujung tahun ini.


"Bagi 2021, kerajaan mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima BPR melalui permohonan rayuan BPR yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun 2021.


"Kerajaan sedaya upaya memberi ruang dan peluang kepada golongan yang benar-benar layak untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya.


Tengku Zafrul menjelaskan, semua permohonan rayuan yang diterima, diverifikasi semula oleh LHDN dengan data terkini agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan mengikut kategori BPR.


"Proses penilaian semula ini dititikberatkan untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan B40 yang amat memerlukan," katanya.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

boleh rujuk disini https://www.hariharikerja.com/2021/09/permohonan-yesprihatin-percuma-telefon.html.


Sumber : BeritaHarian


Post a Comment

0 Comments