Sebab BKC anda tidak lulus ataupun tidak tersenarai sebagai penerima BKC Semak Status Anda



Info menggembirakan buat semua rakyat Malaysia yang khusunya daripada golongan miskin tegar B40 & M40 begitu juga buat golongan bujang kerana pihak kerajaan akan memulakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bermula pada 6 September 2021 ini.  

Tetapi segelintir daripada kita ada yang tidak lulus sebagai penerima BKC, ikuti perkongsian kami dibawah.


Semak Status BKC

Anda boleh semak terlebih dahulu status BKC anda sama ada lulus ataupun tidak.
sila semak bkc anda di sini 
https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?


Apakah sebab saya tidak tersenarai sebagai Penerima BKC? 

Semakan kelayakan akan dibuat bagi penerima BKC berdasarkan data permohonan BPR 2021 dan juga percukaian yang dilaporkan. 

Antara sebab tidak tersenarai sebagai penerima BKC adalah seperti berikut: 

Data BPR 2021 
1. Tiada maklumat pada permohonan BPR 2021 
2. Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia 
3. Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak 
4. Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP 
5. Bekerja / menetap di luar negara 

Data Percukaian 
1. Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP 
2. Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40 
3. Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 
4. Pembayar cukai meninggal dunia 
5. Bekerja / menetap di luar negara

Rayuan BKC

Soalan : Permohonan BPR 2021 saya telah lulus dengan status Bujang
tetapi saya telah membuat rayuan dengan status berkahwin,
adakah saya layak menerima BKC sebagai isi rumah?

Jawapan: Sekiranya tuan ada membuat rayuan BPR 2021 dengan perubahan
status kahwin, pembayaran BKC akan dibuat dengan klasifikasi (Isi
Rumah / Bujang) yang terkini jika rayuan BPR 2021 berstatus lulus.

Soalan : Saya ada membuat rayuan BPR 2021 kerana permohonan BPR 2021
saya tidak lulus disebabkan pendapatan tidak menepati syarat
kelayakan. Adakah saya layak menerima BKC sebagai kategori
B40?

Jawapan : Sekiranya Rayuan BPR 2021 lulus, pembayaran BKC akan dibuat
berdasarkan kategori BKC (Miskin tegar / B40 / M40) yang terkini.

Bagaimana Semak Status Rayuan BPR ? 

Rujuk disini 
https://www.hariharikerja.com/2021/08/tarikh-rayuan-cara-semak-rayuan.html
ataupun anda boleh buat temu janji di LHDN untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut 
https://bpr.hasil.gov.my/myBPR/eApp/eTemuJanji.aspx




Post a Comment

0 Comments